Wednesday 16 November 2011

Dunia Baru Islam...

  Umat islam zaman sekarang haruslah menjalankan hukum-hukum ALLAH yang semaikn terhakis dek kerana menularnya ajaran-ajaran sesat di samping tekanan daripada masyarakat di zaman modenisasi ini. Kita soroti kembali sirah-sirah pada zaman rasulullah dan para tabiin di mana islam dipandang tinggi dan dihormati oleh agama lain sebagai agama yang membawa keadilan.Mereka ini telah menggunapakaikan hukum ALLAH dalam kehidupan seharian mereka.Ternyata hukum ALLAH memberikan keadilan di samping kesejahteraan buat semua makhluk di muka bumi ini.



 Lihatlah bagaimana Sultan Muhammad Al-Fateh dapat menakluki Kota Konstentinopel pada umur 21 tahun.Beliau telah  membawa kepada kehancuran Empayar Byzantine yang suatu ketika dahulu amat gagah.Sifat-sifat beliau telah diisyaratkan oleh Rasulullah dalam hadisnya yang berbunyi:
"Kota Konstantinopel akan ditakluki oleh tentera islam.Rajanya (yang menakluki) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya(yang menakluki) adalah sebaik-baik tentera".




Kita soroti pula kisah Sultan Salahuddin Al-Ayubi.Siapakah dia Salahuddin Al-Ayubi?Beliau merupakan panglima perang islam yang  memerangi pasukan Tentera Salib yang telah menawan baitul maqdis selama beribu-ribu tahun.Salahuddin Al-Ayubi telah menggunapakaikan hukum ALLAH dengan tidak bertindak membalas perbuatan tentera salib yang zalim semasa menawan Baitul Maqdis.Beliau juga telah memberikan perlindungan kepada tawanan-tawanan perang,wanita,orang tua dan anak-anak Tentera Salib di samping memberi mereka tempoh selama 40 hari untuk meninggalkan Baitul Maqdis



.Kesemua pembawa-pembawa panji-panji Islam ini telah menggunapakaikan hukum ALLAH.Ayuhlah kita kembalikan semangat-semangat yang terdapat pada umat islam zaman dahulu untuk mengharungi cabaran pada zaman sekarang.Dengarlah lagu ini...

Semoga perkongsian ini dapat meningkatkan keazaman untuk menukarkan hukum sekarang kepada hukum yang dikehendaki oleh ALLAH.

No comments:

Post a Comment