Saturday 3 November 2012

Oh Tuhanku..

Oh Tuhanku
Walau seluas lautan doas-dosaku
Namun Engkau tetap memberikan rahmat
yang tidak terkira-kira luasnya
Walau selangkah langkahku kupada-Mu
Engkau datang beribu-ribu langkah kepda hamba-Mu ini

Oh tuhanku
Ku pohon agar di tetapkan iman yang masih bersisa di dalam hati ini
Ku pohon agar masih ada Nur hidayah kepad hamba-Mu

 jika ku tersasar di jalan yang lurus ini
Ku pohon agar ku bersegera bertaubat kepada-Mu

p/s: Tinta dari hati yang ingin senantiasa berdamping dengan-Mu


Thursday 16 August 2012

~AdiL iTu SaKsAMa~

Di suatu pagi yg hening...kedengaran satu suara dari kelas di antara beribu-ribu kelas..suara itu datangnya dari seorang murabbi yang menceritakan mengenai ADIL..selepas menceritakan mengenai ADIL murabbi tersebut menanyakan kepada anak2 muridnya mengenai ADIL?antara soalan tersebut..'Apakah yang dimaksudkan dengan ADIL?maka ramailah anak murid yang mendengar dengan tekun menjawab...di antaranmya..'meletakkan sesuatu pada tempatnya'...'melakukan sesuatu kena pada tempatnya' dll.Tapi sebelum guru tersebut menjawab,guru tersebut mengemukakan lagi situasi sambil bertanyakan soalan...

SITUASI PERTAMA:2 org pelajar telah melakukan kesalahan yang sama yang membawa kepada hukuman                            gantung sekolah tetapi hanya seorang sahaja yang telah dihukum gantung sekolah...tetapi seorang lagi tidak dikenakan

SITUASI KEDUA:A dan B sedang lapar....A berumur 15 tahun dan B berumur 2 tahun..kedua-duanya diberikan makanan yang sama iaitu nasi goreng..

Soalannya,adakah kedua-dua situasi tersebut adalah ADIL?Maka banyaklah jawapan yang diterima daripada anak2 muridnya..selepas habis jawapan yang diberikan maka murabbi tersebut menghuraikan situasi2 tersebut...

SITUASI PERTAMA...ADIL..kerana orang perama digantung kerana dia melakukan hukuman yang telah diketahui oleh semua orang..manakala orang kedua melakukan kesalahan tersebut dalam keadaan tidak diketahui oleh semua orang maka jika mengikut hukum islam jika seseorang yang telah melakukan kesalahan yang telah tersebar kepada orang lain maka dia wajib dikenakan hukuman..tetapi jika seseorang itu melakukan kesalahan dalam keadaan tersebar maka hendaklah ditutupkan aibnya.

SITUASI KEDUA...semestinya semua orang akan mengatakan tidak adil kerana perbezaan peringkat umur...

Keadilan bukanlah kesamarataan sebaliknya keadilan ialah ketidaksamaan

p/s:sama2 kita renungkan perbuatan kita setiap hari..adakah ia adil mengikut hukum islam???/fikir2kanlah

Tuesday 6 December 2011

UhIBbuKa FiLLAH......

Sebelum saya ingin menyambung coretan saya,terlebih dahulu saya berikan maksudnya..
"uhibbuka fillah"="Saya Sayang Kamu Kerana ALLAH".
"jiwang gila ayat!!"itulah yang selalu kudengar pabila ku memberitahu akan maksudnya.
Tetapi bagiku ayat ini mempunyai 'power' yang tersendiri.yang mampu memberikan impak kepada persahabatan anda..Kalau tak percaya,try ungkapkan ayat ini kepada sahabat-sahabat anda.
Tidak semestinya ungkapkan ayat ini secara berdepan,anda boleh juga guna ayat ini secara ber'sms',ber'facebook' dan sebagainya.

 Moga perkongsian ini menambahkan kemanisan di dalam persahabatan anda semua.
"Selamat Mencuba"

Wednesday 16 November 2011

Dunia Baru Islam...

  Umat islam zaman sekarang haruslah menjalankan hukum-hukum ALLAH yang semaikn terhakis dek kerana menularnya ajaran-ajaran sesat di samping tekanan daripada masyarakat di zaman modenisasi ini. Kita soroti kembali sirah-sirah pada zaman rasulullah dan para tabiin di mana islam dipandang tinggi dan dihormati oleh agama lain sebagai agama yang membawa keadilan.Mereka ini telah menggunapakaikan hukum ALLAH dalam kehidupan seharian mereka.Ternyata hukum ALLAH memberikan keadilan di samping kesejahteraan buat semua makhluk di muka bumi ini.



 Lihatlah bagaimana Sultan Muhammad Al-Fateh dapat menakluki Kota Konstentinopel pada umur 21 tahun.Beliau telah  membawa kepada kehancuran Empayar Byzantine yang suatu ketika dahulu amat gagah.Sifat-sifat beliau telah diisyaratkan oleh Rasulullah dalam hadisnya yang berbunyi:
"Kota Konstantinopel akan ditakluki oleh tentera islam.Rajanya (yang menakluki) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya(yang menakluki) adalah sebaik-baik tentera".




Kita soroti pula kisah Sultan Salahuddin Al-Ayubi.Siapakah dia Salahuddin Al-Ayubi?Beliau merupakan panglima perang islam yang  memerangi pasukan Tentera Salib yang telah menawan baitul maqdis selama beribu-ribu tahun.Salahuddin Al-Ayubi telah menggunapakaikan hukum ALLAH dengan tidak bertindak membalas perbuatan tentera salib yang zalim semasa menawan Baitul Maqdis.Beliau juga telah memberikan perlindungan kepada tawanan-tawanan perang,wanita,orang tua dan anak-anak Tentera Salib di samping memberi mereka tempoh selama 40 hari untuk meninggalkan Baitul Maqdis



.Kesemua pembawa-pembawa panji-panji Islam ini telah menggunapakaikan hukum ALLAH.Ayuhlah kita kembalikan semangat-semangat yang terdapat pada umat islam zaman dahulu untuk mengharungi cabaran pada zaman sekarang.Dengarlah lagu ini...

Semoga perkongsian ini dapat meningkatkan keazaman untuk menukarkan hukum sekarang kepada hukum yang dikehendaki oleh ALLAH.

Cabaran Umat Islam Menghadapi Pasca Modenisasi | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Cabaran Umat Islam Menghadapi Pasca Modenisasi | iluvislam.com + discover the beauty of islam

" mujAhiD ciNta ": ~ wahai wanita solehah: berfikir secara bijak..jan...

" mujAhiD ciNta ": ~ wahai wanita solehah: berfikir secara bijak..jan...: Wall Photos ‎"SMS SERAM NI DARI 'AGEN SYAITAN...' Satu lagi pembacaan saya yang membuatka n saya tersentak. SMS ini memang sengaja dit...

Sunday 13 November 2011

MAMA n PAPA....

bila memikirkan gejala sosial yang melibatkan remaja yang semakin menular,secara tidak sengaja memikirkan akan lirik lagu ini yang memberikan sebuah pengertian kepadaku betapa pentingnya didikan yang diberikan oleh sejak dari kecil lagi.Dengarlah.......