Wednesday 16 November 2011

Dunia Baru Islam...

  Umat islam zaman sekarang haruslah menjalankan hukum-hukum ALLAH yang semaikn terhakis dek kerana menularnya ajaran-ajaran sesat di samping tekanan daripada masyarakat di zaman modenisasi ini. Kita soroti kembali sirah-sirah pada zaman rasulullah dan para tabiin di mana islam dipandang tinggi dan dihormati oleh agama lain sebagai agama yang membawa keadilan.Mereka ini telah menggunapakaikan hukum ALLAH dalam kehidupan seharian mereka.Ternyata hukum ALLAH memberikan keadilan di samping kesejahteraan buat semua makhluk di muka bumi ini.



 Lihatlah bagaimana Sultan Muhammad Al-Fateh dapat menakluki Kota Konstentinopel pada umur 21 tahun.Beliau telah  membawa kepada kehancuran Empayar Byzantine yang suatu ketika dahulu amat gagah.Sifat-sifat beliau telah diisyaratkan oleh Rasulullah dalam hadisnya yang berbunyi:
"Kota Konstantinopel akan ditakluki oleh tentera islam.Rajanya (yang menakluki) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya(yang menakluki) adalah sebaik-baik tentera".




Kita soroti pula kisah Sultan Salahuddin Al-Ayubi.Siapakah dia Salahuddin Al-Ayubi?Beliau merupakan panglima perang islam yang  memerangi pasukan Tentera Salib yang telah menawan baitul maqdis selama beribu-ribu tahun.Salahuddin Al-Ayubi telah menggunapakaikan hukum ALLAH dengan tidak bertindak membalas perbuatan tentera salib yang zalim semasa menawan Baitul Maqdis.Beliau juga telah memberikan perlindungan kepada tawanan-tawanan perang,wanita,orang tua dan anak-anak Tentera Salib di samping memberi mereka tempoh selama 40 hari untuk meninggalkan Baitul Maqdis



.Kesemua pembawa-pembawa panji-panji Islam ini telah menggunapakaikan hukum ALLAH.Ayuhlah kita kembalikan semangat-semangat yang terdapat pada umat islam zaman dahulu untuk mengharungi cabaran pada zaman sekarang.Dengarlah lagu ini...

Semoga perkongsian ini dapat meningkatkan keazaman untuk menukarkan hukum sekarang kepada hukum yang dikehendaki oleh ALLAH.

Cabaran Umat Islam Menghadapi Pasca Modenisasi | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Cabaran Umat Islam Menghadapi Pasca Modenisasi | iluvislam.com + discover the beauty of islam

" mujAhiD ciNta ": ~ wahai wanita solehah: berfikir secara bijak..jan...

" mujAhiD ciNta ": ~ wahai wanita solehah: berfikir secara bijak..jan...: Wall Photos ‎"SMS SERAM NI DARI 'AGEN SYAITAN...' Satu lagi pembacaan saya yang membuatka n saya tersentak. SMS ini memang sengaja dit...

Sunday 13 November 2011

MAMA n PAPA....

bila memikirkan gejala sosial yang melibatkan remaja yang semakin menular,secara tidak sengaja memikirkan akan lirik lagu ini yang memberikan sebuah pengertian kepadaku betapa pentingnya didikan yang diberikan oleh sejak dari kecil lagi.Dengarlah.......

Saturday 12 November 2011

Penangan Solat...

kenapa perlu bersolat???(Surah Al-Ankabut )ان الصلوة تنهى عن الفهشاء و هامنكر
Maksudnya:Sesungguhnya solat dapat mencegah dari perbuatan keji munkar.Inilah sebabnya mengapa kita perlu bersolat.Rasulullah juga pernah bersabda bermaksud: “Amal pertama akan dihisab bagi seseorang hamba di hari akhirat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalannya yang lain. Dan jika solatnya rosak, maka binasalah segala amalannya yang lain.” (Thabrani)Adakah kita mahu amal pertama kita ini dihisab dengan rekod yang buruk??Sudah tentu kita tidak mahu.Solat juga boleh kita analogikan dengan pekerjaan yang baru kita dapat...Adakah kita mahu rekod kerja kita yang baru buruk tentu tadak mahu..


Di sini saya ingin menceritakan sebuah kisah..

Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.
Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”
Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.”
Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”
Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”
Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”
inilah balasan nya jika kita tidak mahu bersolat



"Solat Khusyuk jiwa Tenang"