Lihatlah bagaimana Sultan Muhammad Al-Fateh dapat menakluki Kota Konstentinopel pada umur 21 tahun.Beliau telah membawa kepada kehancuran Empayar Byzantine yang suatu ketika dahulu amat gagah.Sifat-sifat beliau telah diisyaratkan oleh Rasulullah dalam hadisnya yang berbunyi:"Kota Konstantinopel akan ditakluki oleh tentera islam.Rajanya (yang menakluki) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya(yang menakluki) adalah sebaik-baik tentera".
Kita soroti pula kisah Sultan Salahuddin Al-Ayubi.Siapakah dia Salahuddin Al-Ayubi?Beliau merupakan panglima perang islam yang memerangi pasukan Tentera Salib yang telah menawan baitul maqdis selama beribu-ribu tahun.Salahuddin Al-Ayubi telah menggunapakaikan hukum ALLAH dengan tidak bertindak membalas perbuatan tentera salib yang zalim semasa menawan Baitul Maqdis.Beliau juga telah memberikan perlindungan kepada tawanan-tawanan perang,wanita,orang tua dan anak-anak Tentera Salib di samping memberi mereka tempoh selama 40 hari untuk meninggalkan Baitul Maqdis.Kesemua pembawa-pembawa panji-panji Islam ini telah menggunapakaikan hukum ALLAH.Ayuhlah kita kembalikan semangat-semangat yang terdapat pada umat islam zaman dahulu untuk mengharungi cabaran pada zaman sekarang.Dengarlah lagu ini...
Semoga perkongsian ini dapat meningkatkan keazaman untuk menukarkan hukum sekarang kepada hukum yang dikehendaki oleh ALLAH.

